JENIS-JENIS CHOCOLATE BUATAN TANGAN
Bismillahhirrahmanirrahim……..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…..
Hari ini saya
tertarik untuk berkongsi berkenaan jenis jenis coklat buatan tangan. Sudah
pasti bila sebut coklat buatan tangan, ianya pasti sinonim dengan coklat
pralines. Tapi berapa ramai yang tahu apa yang dimaksudkan dengan pralines.
Begitu juga dengan truffles. Tapi pasti ramai yang kenal dengan coklat bar.
Wajah yang ringkas(rectangular shapes),
rasa yang berbeza, pembungkusan yang berbeza, tapi asas yang sama…….dibuat dari
coklat……dan rasa yang sudah pasti…….sedap dimakan……COKLAT BAR…….Alhamdulillah.
Pralines
mungkin sedikit janggal bagi yang kurang biasa dengan coklat…..tapi saya pasti
ianya tidak asing bagi orang yang biasa menjadikan coklat sebagai hadiah. Pelbagai
definasi pralines tapi yang pasti walau bagaimana sekali pun definasinya berbeza
mengikut negara keluaran….. maksudnya tetap sama…..chocolate yang diadun dan dibentuk
semula samada menggunakan acuan atau hasil kreativiti bentuk tangan tersendiri,
dan diletakkan perasa berbentuk ganache atau kekacang atau pun hanya plain
chocolate…. Istimewanya pralines adalah kerana ianya memerlukan teknik untuk
membuatnya.