CHOCOLATIER DAN CHOCOLATE MAKER

 

 

Bismillahhirrahmanirrahim……..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…..

 

CHOCOLATIER DAN CHOCOLATE MAKER

                                

 

 Raw Product          👉        Chocolate Maker     👉         Chocolatier


 

 





Produk Pralines dari Bychocolike Chocolate


  • PRODUK PRALINES CHOCOLATE DARI BYCHOCOLIKE CHOCOLATE 
      

 

            Chocolatier dan Pembuat Chocolate (Chocolate Maker) adalah merupakan 2 profession yang sangat berbeza dan memerlukan ilmu pengetahuan dan skill yag berbeza.

     Chocolatier adalah orang yang membuat gula-gula (konfeksi) dari coklat seperti pralines, truffles dan coklat bar.

       Pembuat coklat ialah orang yang membuat coklat dari buah koko yang diproses menjadi serbuk koko dan seterusnya diproses lagi untuk membuat chocolate tulen , compound dan sebagainya.Proses-proses ini memerlukan penggunaan mesin seperti grinder, refiner mill, conch dan tempering machine. Pembuat coklat selalunya membuka kilang kilang besar dan produk coklat yang dihasilkan adalah dalam bentuk bar.



  • VARIETI PRODUK CHOCOLATE PRALINES GANACHE DAN NUTS KELUARAN BYCHOCOLIKE CHOCOLATE

        

     Berbeza dengan Chocolatier yang menggunakan coklat tulen, coklat compound atau jenis coklat lain untuk menghasilkan pelbagai bentuk candy dengan menggunakan hasil kerja tangan sendiri yang dikenali sebagai handmade chocolate. Proses untuk membuat coklat candy hanya nampak mudah tetapi Chocolatier mestilah menghasilkan resepi tersendiri,  agar chocolate yang dihasilkan sedap dan cantik di pandang serta dapat mempamerkan kreativiti Chocolatier tersebut. 

        Kebanyakkan Chocolatier menggunakan acuan untuk menghasilkan bentuk yang menarik dan ada juga yang lebih suka menggunakan hasil kreativiti tangan sendiri untuk menghasilkan bentuk coklat yang diingini bagi menunjukkan bakat dan skill yang tersendiri. Selain itu, coklat yang dihasilkan oleh chocolatier adalah mempunyai seni yang boleh diukur dari sudut rasa, bentuk, warna dan tekstur coklat tersebut. 

            Selalunya chocolatier yang sebenarnya menghasilkan coklat pada kuantiti yang sedikit untuk memastikan kualiti coklat yang sampai ke tangan penggemar-penggemar coklat adalah berkualiti tinggi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KAITAN CHOCOLATE DAN OTAK MANUSIA / PERKEMBANGAN MINDA

MINI CHOCOLATE BAR DARI BYCHOCOLIKE CHOCOLATE