Chocolate

 

Bismillahhirrahmanirrahim……..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…..

Chocolate name bychocolike

 

Ramai orang suka makan chocolate……tapi berapa ramai yang betul betul memahami apa yang membuatkan kita mempunyai rasa teruja, suka, seronok, gembira dan pelbagai bentuk perasaan lain yang lahir secara positif dalam diri kita…..dari segi riak muka hinggalah ke body language ……apa lagi jika chocolate yang sedang dimakan adalah hadiah dari insan teristimewa dalam hidup kita……kekadang saya berpendapat chocolate juga mampu standing dengan hadiah jambangan bunga dari suami tercinta…….

 

Well…..what is Chocolate?..... Chocolate adalah makanan yang dihasilkan dari biji buah koko. Pokok koko dengan nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga Sterculiaceae adalah sejenis tumbuhan malar hijau yang hidup subur di kawasan  cuaca lembap dengan hujan berkala. Pokok koko mula berbunga pada umur 18 – 30 bulan selepas ditanam dan buah yang matang berwarna kuning.

 

Berbalik pada persoalan kita tentang perasaan bila menikmati keenakan bila dibuai rasa kelazatan kecairan chocolate yang dikunyah…….Pertama timbul rasa syukur Alhamdulillah ……segala puji bagi Allah SWT yang mengurniakan rezeki kepada hamba-hambanya dari sudut kelazatan makanan kurniaannya….dengan kewarasan dan kecerdikan akal fikiran yang dibekalkan oleh Allah SWT kepada kita manusia sebagai cabang rezeki  bagi kita mengharungi hidup di muka bumi Allah SWT ini…..jika dipandang biji buah koko mampu menghasilkan coklat yang mempunyai tekstur bentuk yang berkilat, pelbagai rasa dan warna yang mampu menggoda mata sesiapa sahaja yang memandang, pasti timbul rasa Keagungan dan Kebesaran Allah SWT…..Ya Zal Jala Liwal Ikram……..Inilah sebenarnya rahsia yang tersimpan di sanubari kita, perasaan rohani kita yang melahirkan pelbagai rasa positif secara lahiriah.Walaupun terkadang kita sebagai manusia dengan sifat kelemahan diri walaupun alpa tetapi rohani kita sentiasa kukuh mengingati akan Kebesaran Allah SWT.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MINI CHOCOLATE BAR DARI BYCHOCOLIKE CHOCOLATE

KAITAN CHOCOLATE DAN OTAK MANUSIA / PERKEMBANGAN MINDA

CHOCOLATIER DAN CHOCOLATE MAKER